MESKIPUN tidak dapat bergiat dalam bola sepak gaya bebas (freestyle soccer) kerana sibuk belajar, bersilat dan bermain bola sepak di padang, Cik Nur Syahirah Rostam yakin beliau boleh menyumbang kepada kegiatan itu melalui cara lain.
Hatinya terkesan melihat aktivis bola sepak gaya bebas diperlekeh dan disalah anggap sebagai golongan picisan yang hanya membuang masa, malah dipanggil kaki bangku.