Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kakakku... ...juga pesakit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ULANG TAHUN KELIMA KELAB HEAL

Kakakku... ...juga pesakit

Oct 18, 2017 | 05:30 AM



SETIAP kali pulang ke rumah, Dr Radiah Salim melemparkan senyuman lebar kepada kakaknya, Cik Faridah.



Dr Radiah, 55 tahun, juga akan duduk berbual serta bergurau senda seketika bersama kakak yang berusia 67 tahun itu.



Bagi sesetengah orang, amalan sedemikian mungkin perkara biasa, apatah lagi antara adik-beradik.



Namun, buat Dr Radiah, presiden Kelab Heal, ia amalan yang bukan sahaja biasa, malah perlu dilakukan setiap hari.



Perbuatannya itu sebahagian daripada rawatan pemulihan bagi kakaknya yang menghidapi masalah mental yang diberi nama gangguan skizo-afektif.



Gangguan tersebut ialah sejenis masalah mental yang membuat pesakit mengalami gabungan tanda-tanda skizofrenia, seperti meracau, dan gangguan perasaan, seperti kemurungan atau mania.



"Sebagai penjaga kakak yang menghidap penyakit mental ini, saya perlu sentiasa menonjolkan keceriaan kepadanya. Saya tidak boleh marah atau menengking. Setiap hari, saya perlu berlembut, termasuk bergurau.



"Jika tidak, emosinya akan terganggu dan mungkin masalah mentalnya boleh kembali," kata Dr Radiah, seorang doktor keluarga.



Akibat penyakit itu, Cik Faridah antara lain berbual sendiri kerana beliau rasa seolah-olah ada orang sedang berbual bersamanya.



Dr Radiah, yang tinggal di flat tiga bilik bersama kakaknya di Yishun, mendapatkan khidmat pembantu rumah yang menjaga kakaknya sewaktu beliau bekerja.



Menceritakan nasib kakak sulungnya itu, Dr Radiah, anak kelima daripada tujuh beradik, berkata masalah kewangan dan kisah cinta yang tidak kesampaian mencetus penyakit tersebut.



"Masalah itu dapat dikawal semasa beliau di Singapura, tapi beliau kembali sakit semasa tinggal di Indonesia bersama suami pertama.



"Keadaan memburuk sekali lagi pada 2000 apabila anak lelakinya yang ketika itu berusia 23 tahun membunuh diri akibat penyakit mental serupa.



"Suami kedua pula terpaksa dimasukkan ke pusat rawatan kerana mengalami pendarahan dalam otak tahun lalu," kata Dr Radiah.



Selepas abang iparnya dimasukkan ke rumah rawatan itu, Dr Radiah mengambil kakaknya tinggal bersamanya.



Namun, bulan-bulan pertama tidak mudah buat Dr Radiah kerana kakaknya tidak dapat menguruskan dirinya sendiri dengan baik akibat penyakit yang dihadapi.



"Keadaan berubah apabila saya mendapatkan khidmat pembantu rumah yang menolong menjaganya apabila saya keluar atas urusan tertentu. Sejak itu, kakak dibantu dalam kegiatan harian dan diajak berinteraksi dengan pembantu," ujar Dr Radiah.



Ada anggota keluarga dan saudara-mara Dr Radiah turut mengalami penyakit mental, termasuk arwah nenek.



Daripada pengalaman yang dilalui, Dr Radiah lebih sedar bahawa tugas harian penjaga pesakit tersebut tidak mudah.



"Oleh sebab itu, saya sering menasihatkan penjaga agar mereka sendiri memastikan minda dan tubuh sendiri sihat agar mereka berdaya menjadi penjaga baik bagi orang tersayang," ujarnya.




"Oleh sebab itulah saya sering menasihatkan penjaga agar mereka sendiri memastikan minda dan tubuh mereka sendiri sihat agar mereka berdaya menjadi penjaga baik bagi orang tersayang."
- Dr Radiah Salim, yang berkata tugas harian penjaga pesakit mental tidak mudah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >