HINGGA ke hari ini, isu penyalahgunaan dadah kekal sebagai antara teras jalan cerita drama Melayu mahupun naskhah teater yang dipentaskan bagi tontonan umum.
Bagi sekumpulan mahasiswa di Institut Pengurusan Singapura (SIM), perihal dadah dan kesannya pada individu dan keluarga masih tetap relevan untuk diselongkar sebagai pengajaran buat penonton mahupun pelakon muda yang menjayakannya.