Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kecoh-kecoh 'Gegar Vaganza'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kecoh-kecoh 'Gegar Vaganza'

Nov 12, 2016 | 05:30 AM



DRAMA demi drama yang terbongkar dalam program realiti Gegar Vaganza 3 nampaknya tidak putus-putus menarik komen 'berbisa' pengguna media sosial.



Meskipun masuk musim ketiga, program Astro yang menjadi santapan wajib ramai pengamat rancangan hiburan ini tidak ketandusan bahan yang boleh dijadikan perbincangan.



Apakah antara kisah menarik di sebalik tabir Gegar Vaganza 3? Gah! memberikan pengamatannya.



'JANDA POM MELETOPPPP' KECIL HATI DAN UNDUR DIRI



Pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 'menghangatkan' lagi daya tarikan Gegar Vaganza 3 apabila mengundurkan diri dek terkesan dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS.



Tiada penyingkiran dikatakan dirancang bagi konsert minggu keempat di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.



Bagaimanapun, Elly, 36 tahun, sendiri kecil hati dengan komen Datuk Ramli yang memberikan andaian seakan-akan beliau dahagakan simpati ramai kerana bertaraf janda yang ditinggalkan suami ketika hamil.



"Saya tak minta simpati sesiapa. Saya masuk ke sini sebab saya nak berjuang.



"Ibarat macam nak buka buku baru selepas apa yang menimpa diri saya. Saya tak naklah tak habis-habis benda ini.



"Tak sangka Tok Ram boleh cakap di luar daripada komen itu. Itu yang buat saya terkejut. Saya sangat sedih," kata Elly yang menggunakan gelaran 'Janda Pom Meletopppp' dalam akaun Instagramnya.



Awal daripada itu, Datuk Ramli mengulas:



"Teknikal agak teruk. Dari segi intonasi dan nada agak teruk tetapi markah pun baik juga. Saya perlu adil.



"Jiwa kamu lebih daripada teknikal dan itu menyelamatkan kamu. Tidak mengapa. Banyak lagu yang diberi kamu dapat menjiwai.



"Teknikal itu, tengoklah atas ihsan kami."



OGY TUMPANG KUTUK



Walaupun bukan juri program ini, kritik lantang pelakon dan pengacara veteran, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), terhadap keadaan Elly pula menerima kecaman pengguna media sosial.



"Memang dia patut keluar. Dok drama kehidupan je dekat atas pentas. Kita bukan nak tengok drama," tulis Ogy menjawab tulisan pengikutnya di Instagram.



Antara pengguna media sosial yang mengecamnya termasuk seseorang bernama Fahmi co yang menulis:



"Artis jatuhkan sesama artis. Perangai anda menjelikkan dan menyedihkan. Maaf kalau saya nampak kurang ajar tetapi anda tidak wajar dihormati sebab anda tidak menghormati orang lain," tulisnya.



ALYAH DIBABITKAN SEHINGGA DIUGUT



Yang tiada kena-mengena dengan program Gegar Vaganza 3 ini juga menerima tempiasnya. Siapa lagi kalau bukan isteri Datuk Ramli, penyanyi Alyah.



Beliau dikatakan menerima ugutan daripada peminat Elly yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya memberi komen yang disifatkan tidak beralas.



"Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.



"Bagaimanapun, sekiranya ada pihak cuba mengugut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis.



"Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.



"Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly," katanya.



SITI SARAH PITAM



Ramai yang tertanyatanya ke mana perginya peserta kegemaran ramai, Siti Sarah Raisuddin, pada penghujung program itu.



Rupa-rupanya, masalah kesihatan penyebab Siti Sarah, 32 tahun, tiada di pentas malam itu.



Selepas selesai persembahan, beliau dilaporkan pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana tidak cukup makan.



"Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini," kata suaminya, Shuib.



Shuib menambah bahawa isterinya itu juga bersedih kerana mendapat tempat kedua terendah dan hampir disingkirkan dalam konsert yang bertemakan 'Duet Vaganza' itu.



"Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihatkan Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu," ujarnya.



AZHARINA SEDIH BAPA SAKIT



Dalam beliau bersemangat bertanding dengan menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih bersama Haleeda minggu lalu, Azharina Azhar, 31 tahun, sebenarnya sedang bersedih sebab bapanya menjalani pembedahan di hospital.



"Abah, hanya Allah tahu, hati anakmu saat ini sedih kerana berjauhan di saat kau memerlukan aku.



"Lagu Doa Buat Kekasih aku dendangkan untukmu dengan jiwaku sebab aku menahan tangisan saat aku tahu Abah berjuang nyawa dalam kehidupan," tulis Azharina dalam Instagramnya.



  • 'Gegar Vaganza 3' disiarkan di Astro Ria (Saluran 608), Singtel TV setiap Ahad mulai 9 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >