PAISLEY Park, estet kediaman dan kompleks studio mendiang bintang rok Prince, akan dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai 6 Oktober.
Cabang pengurusan aset firma Bremer Trust berkata dalam satu kenyataan bahawa jutaan peminat akan mendapat peluang melawat kompleks seluas 6,039 meter persegi di pinggir bandar Minneapolis, Chanhassen, di Amerika Syarikat.