MENCARI ketenangan diri dalam satu kembara kerohanian di luar negara yang mencetus keinsafan tentang diri dan kesedaran mengenai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Itulah matlamat jurufoto muda dan pelajar possiswazah jurusan Sarjana Sastera dalam Seni, Reka Bentuk dan Media (Kajian) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Encik Muhammad Noor Iskandar Othman, dalam mempamerkan karya hasil petikan kameranya.