Thailand lancar aplikasi demi pikat pelancong Muslim

BANGKOK: Thailand telah memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk menarik pelancong Islam bagi menyemarakkan kembali industri pelancongan negara itu yang terjejas selepas rampasan kuasa tentera pada Mei tahun lalu.

Lembaga Pelancongan Thailand berharap aplikasi Thailand Muslim Friendly itu akan membantu menarik kedatangan pelawat sekali gus memulihkan sektor itu yang menyumbang 10 peratus kepada ekonomi.

Usaha mengalu-alukan kedatangan pelancong Islam ke Thailand juga dibuat berikutan sentimen anti-Islam yang semakin membara di beberapa negara Barat.

Aplikasi baru itu kini boleh dimuat turun di telefon pintar sama ada yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google Inc dan iOS, Apple Inc.

Pemangku Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand, Encik Juthaporn Rerngronasa, berkata menerusi paparan carian dan navigasi, ia membantu pelancong mencari hotel dan pusat beli-belah dilengkapi bilik solat serta tempat mendapatkan makanan atau restoran halal.

Aplikasi itu boleh diperoleh dalam bahasa Inggeris dan Thailand namun akan dikembangkan kepada bahasa Arab dan Indonesia. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.