PETALING JAYA: Ketika pe- lakon Rozita Che Wan teruja bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta produk dengan pendapatan jualan RM80,000 ($26,840) sehari, beliau menerima berita buruk bahawa kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam miliknya telah hilang, dipercayai dicuri.
Pengurusnya, Afiq Wahab, memberitahu bahawa Rozita menyedari kejadian tersebut semasa hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang, Petaling Jaya, kelmarin.