SEPANJANG empat tahun bekerja dengan majikannya, belum pernah Cik Aisyah (bukan nama sebenar) dimarahi, apatah lagi dipukul.
Sebaliknya, janda asal Jawa Tengah, Indonesia, itu dipanggil dengan gelaran 'Sayang' oleh isteri majikan. Kadangkala, Cik Aisyah, 26 tahun, menerima hadiah aksesori wanita.