Ke arah kehidupan lebih canggih dan membangun rumah idaman yang bijak. Itulah misi kebanyakan jenama produk elektronik dalam mencipta keselesaan dan kemudahan di mana-mana. Jenama LG Electronics (LG) mengadakan acara tahunannya sejak 2013, jerayawara (roadshow) Pesta Inovasi (InnoFest) di Kota Kinabalu, Sabah, dari 3 hingga 5 Februari lalu. Gah! yang 'diterbangkan' ke sana meninjau daya tarikan pesta dengan tema 'Inovasi Bagi Kehidupan Lebih Baik'.
SEDANG Singapura menyusuri arus kemodenan yang pesat bahkan menetapkan matlamat menjadi negara bijak pertama di dunia, impian memiliki rumah bijak pastinya tertanam di jiwa sebilangan penduduknya.