Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kongsi sakit ibu dalam projek sekolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kongsi sakit ibu dalam projek sekolah

Usaha pelajar Nafa fahami masalah bipolar rapatkan hubungan dua beranak
Jul 19, 2016 | 05:30 AM



KETIKA meniti usia kanak-kanak dan awal remaja, seribu satu tanda tanya dan kekeliruan bermain di minda Cik Ayesha Jumari memikirkan tentang gangguan mental atau bipolar yang menguji ibunya, Cik Yohanna Abdullah.



Penyakit yang dihidap ibunya sejak 18 tahun lalu itu menyebabkan ibunya memiliki dwipersonaliti yang berubah-ubah sehingga kerap kali menakutkan, meresahkan dan memalukan Cik Ayesha sekali gus.



Bagaimanapun lama-kelamaan apabila ibunya yang merupakan mantan wartawan itu mula bersikap terbuka tentang penyakitnya, Cik Ayesha, kini 20 tahun, juga mula menerima keadaan ibu tersayang bahkan berusaha memahaminya.



Segala pengamatannya mengenai penyakit si ibu bahkan dijadikan bahan bagi projek tahun akhirnya dalam kursus Diploma Seni Halus (Cetakan) di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



Projek seni kertas bertajuk Dirty Laundry itu menggambarkan pepatah Inggeris yang bermaksud hal peribadi yang boleh menimbulkan rasa malu jika didedahkan kepada awam. Tapi baginya, ia lebih membawa iktibar.



Di akhirnya, Cik Ayesha mendapati usahanya memahami penyakit ibunya itu dengan lebih rasa ihsan merapatkan lagi hubungan mereka dua beranak.



Menceritakan mengenai pengalamannya itu, Cik Ayesha, anak sulung dua beradik, berkata:



"Saya mulanya keliru memikirkan keadaan ibu. Usia saya baru dua tahun ketika penyakit bipolar itu menyerang ibu.



"Nenek pernah juga membawa ibu bertemu bomoh kerana menyangka ia ada kena mengena dengan masalah gangguan ghaib mengikut kepercayaan orang dulu.



"Tetapi ternyata penyakit ibu tidak berubah sehinggalah pihak hospital mengesannya sebagai gangguan bipolar.



"Dalam situasi paling genting, ibu boleh lesap daripada rumah sehingga tiga minggu lamanya. Kadangkala, nenek turut mencarinya. Ibu kemudian ditemui polis di tempat awam seperti di tepi pantai."



Menurut Cik Ayesha, ibunya akan menyanyi seorang diri. 'Mood'-nya juga berubah dengan sekelip mata.



"Ada kalanya, beliau ketawa. Tak semena-mena, beliau akan marah dan tidak akan mendengar. Biasanya, nenek dan datuk yang menjadi tempat saya mengadu dan meraih dorongan," ujarnya.



Gadis yang tampak pemalu ini juga akui setiap keperitan yang beliau saksikan berlaku pada ibunya itu juga membuatnya lebih prihatin tentang kesihatan mentalnya.



Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini, beliau mendapat tahu dirinya mudah resah dalam khalayak ramai, situasi yang dipanggil serangan panik.



"Biasanya, ia berlaku dalam bas. Saya mulanya sangka saya tak sihat atau penat. Tetapi, kalau dilanda panik, badan saya menggeletar. Badan saya lemah semacam, peluh sejuk mengalir dan saya terasa seperti ingin terbuang air kecil.



"Kini, saya cepat-cepat dapatkan rawatan dengan melalui terapi. Bagi saya, dalam mengatasi penyakit mental ini, tidak perlu rasa malu bagi menceritakannya kepada orang lain.



"Projek saya ini juga adalah satu usaha melepas bebaskan segala masalah yang dialami ibu. Usah diberatkan fikiran memikirkannya dan kita mampu mengatasinya," ujarnya penuh semangat.



Cik Yohanna, 48 tahun, yang kini seorang eksekutif penerbitan di badan sokongan pesakit mental, Club Heal, pula terharu dan berbesar hati anaknya itu dapat berkongsi pengalaman suka duka mereka bersama sebagai pasangan ibu dan anak dalam projek tahun akhirnya.



"Memang dari kecil Ayesha berminat dalam seni lukis dan hasilnya cukup menyerlah. Saya sokong beliau seberapa yang boleh.



"Dengan perkongsian yang dibuatnya menerusi karyanya ini, ia petanda bahawa sesuatu perjalanan yang getir itu mampu membawa kami yang melaluinya pada situasi lebih indah yang mengakrabkan hubungan kami," tambah Cik Yohanna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >