Konsert 'rok lawak' berlangsung di S'pura bulan depan

NURMAYA ALIAS

APA jadi jika 'rockstar' bertembung dengan 'rocksiak' (orang yang berangan nak jadi bintang rok)?

Tentu gamat... gerenti penonton tak kering gusi.

Satu konsert terbaru, Konsert Dasyat Giler, akan menggabungkan penyanyi dan band rok serta pelawak di atas pentas.

'Rockstar' yang dimaksudkan adalah penyanyi dari Kuala Lumpur - Aweera dari band Mojo dan penyanyi lagu Azura 2012 dari Singapura, Ikhsan Ace.

'Rocksiak' itu pula adalah dua pelawak tempatan popular, Suhaimi Yusof dan Khairudin Samsudin.

Lima band Singapura iaitu Arus Band, Auraz, Aryan Band, Klutz dan Tujuh turut terlibat memeriahkan konsert yang pertama kali menggabungkan kumpulan band dan pelawak.

Satu majlis MOU antara syarikat penganjur acara Singapura, CMX International, dan syarikat penerbitan muzik dari Malaysia, Beatboxx Records Sdn Bhd, untuk sama-sama menjayakan konsert ini diadakan awal minggu ini di Earshot Cafe, The Arts House.

Konsert Dasyat Giler berkonsep komedi rok akan diadakan pada 20 April depan di Dewan Perniagaan Cina (Singapore Chinese Chamber) di Hill Street.

Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.