Di sebalik kemajuan persada muzik Singapura dek kehadiran lebih ramai tokoh sensasi YouTube dan aplikasi karaoke Smule, masih ramai yang ingin membangunkan kugiran sendiri. Dua band tempatan menceritakan sebab mereka masih bertahan dengan konsep kugiran seperti era 'rok kapak' dulu. Salah sebuah band itu malah hanya membangun band 4OUR pada usia 40-an tahun baru-baru ini. Sebuah band anak muda pula menyukai ukhuwah yang terbina antara anggota. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
TIDAK lagi seperti segelintir belia yang mendahagakan glamor atau kepopularan dalam sekelip mata, empat sekawan berusia 40-an tahun ini membangunkan band kerana ingin menggalas misi sosial yang lama tersemat di hati.