Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Kursus sejahtera holistik warga emas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kursus sejahtera holistik warga emas

Jan 20, 2018 | 05:30 AM



KATA orang, kehidupan bermula pada usia 40 tahun.



Namun, bagi warga berusia 50 tahun ke atas, masih belum terlambat menjalani kehidupan 'baru' dengan tahap kesihatan dan kecergasan lebih tinggi dan meraih pelbagai kemahiran berguna.



Di bawah program asas Sijil bagi Kesejahteraan Warga Emas anjuran Persatuan Rakyat (PA), warga emas berusia 50 tahun ke atas berpeluang menimba pengetahuan baru dalam pelbagai bidang seperti masakan dan kesihatan, belajar buat kraf tangan dan ketahui cara memperbaiki perabot rosak.



Program itu kali pertama diperkenal tiga tahun lalu bagi menggalak warga emas memburu aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dan menjalani kehidupan aktif.



Kali ini, program tersebut ditawarkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dengan jurulatih daripada masyarakat Melayu/Islam seperti Cef Siti Mastura Alwi dan pakar pemakanan dan fisiologi senaman Dee Dee Mahmood.



Kelas pertama dalam pusingan kali ini bermula bulan depan. Kursus itu mengambil masa empat bulan untuk diselesaikan.



Di bawah program itu, peserta perlu mengikuti 10 kelas. Setiap kelas berlangsung selama tiga jam sebelum diberikan sijil.



Peserta perlu mengambil empat program teras yang antara lain mengajar tentang keselamatan ketika bersenam dan pengenalan kepada penuaan sihat.



Mereka kemudian perlu memilih dua kursus daripada setiap kategori tubuh, minda dan jiwa.



Ditemui baru-baru ini, Dee Dee, yang nama sebenarnya Abidah Mahmood, berkata kelas bimbingannya akan menyelitkan bahagian teori dan amali.



Bagi kelas Senaman Asas Pilates Kerusi di bawah kategori Tubuh, Dee Dee akan mengajar beberapa teknik pilates asas yang dapat membantu memperbaiki postur dan meningkatkan kestabilan sendi dan pergerakan.



"Kelas pilates kerusi akan membantu peserta membentuk kekuatan asas dan memberi fokus lebih baik.



"Saya akan kongsi beberapa senaman yang peserta boleh lakukan di rumah ketika mereka sedang menonton televisyen dan sebagainya," kata Dee Dee.



Beliau juga akan membimbing peserta dalam kelas asas imbangan, ketangkasan dan kefleksibelan; pengetahuan asas dalam langkah berjaga-jaga dan keselamatan semasa bersenam; serta pengurusan tekanan secara berkesan.



Cef Mastura pula akan membimbing peserta kelas Cef Rumah Emas - Resepi Rahsia dan mengongsi beberapa resipi istimewa seperti ayam masak merah dan panduan meningkatkan kemahiran memasak.



Penyampai popular Hafeez Glamour pula akan membimbing kelas Jadilah Bintang Emas Masa Depan, dengan membangunkan kemahiran peserta bercakap petah di khalayak ramai serta membina keyakinan. Peserta juga akan meraih kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan.



Selain itu, peserta boleh belajar cara memperbaiki barang rosak dalam kelas Teknik Asas Menukang di Rumah, yang akan dibimbing Sustainable Living Lab.



Peserta akan mempelajari cara memperbaiki kerosakan kecil di rumah seperti cara membetulkan perabot dan menyambung wayar.



Yuran program ialah $50 bagi anggota PA dan $62 bagi bukan anggota.



Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kredit SkillsFuture.



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi talian Akademi Warga Emas di 8344-4129 atau 9081-5580.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >