Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lagu Siti untuk anak yang bakal lahir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu Siti untuk anak yang bakal lahir

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sudah mempunyai tiga melodi yang bakal dipilih untuk dijadikan sebuah lagu untuk anaknya.



Siti, yang kini sedang hamil enam bulan, berkata beliau mendapat idea mencipta lagu tersebut sejak bulan lalu sebagai hadiah buat zuriat pertamanya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.



Kata Siti, idea untuk menghasilkan lagu untuk anaknya itu muncul ketika dalam bilik air namun proses rakaman masih dalam peringkat perbincangan.



"Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir. Idea datang ketika dalam bilik air di mana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar," ujarnya kepada mStar Online.



Lagu itu bakal menjadi kenangan kepada bayinya terutamanya apabila sudah dewasa, kata Siti seperti yang dilaporkan Astroawani.



"Apabila dia sudah dewasa kelak dia akan tahu bahawa ibunya pernah menciptakan lagu untuknya," tambah Siti.



Siti, 38 tahun, ditemui di majlis sidang media program Ctdk-ation yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.



Siti dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 58 tahun, berkahwin pada 21 Ogos 2006.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala Perasaan ini berkata beliau belum siap menulis lirik dan mempunyai tajuk yang sesuai untuk lagu tersebut.



"Belum ada tajuk lagi mungkin bila sudah buat lirik nanti baru ada idea untuk tajuk," ujarnya.



Sementara itu, ditanya tentang jantina bayi yang sedang dikandungkan itu, Siti berkata beliau masih menunggu lampu hijau suaminya untuk dikongsikan kepada umum.



Siti turut berkata, nama untuk bayi tersebut juga akan bermula dengan Siti jika perempuan, manakala bermula dengan huruf A bagi anak lelaki.



"Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri 'green light' baru saya kongsikan dengan peminat," ujarnya.



Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apabila beliau mengesahkan sedang mengandung setelah lebih sedekad menunggu.



Dalam pada itu, Datuk K sebelum ini berkata semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan 'berkurung'. Proses kehamilan menerusi IVF memerlukan beliau banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.



Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >