Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Laluan bergetar Rosli Mohalim dibukukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Laluan bergetar Rosli Mohalim dibukukan

Oct 08, 2016 | 05:30 AM



GEGAR memukau.



Begitulah kesan gentelan lesak (riff) gitar elektrik Rosli Mohalim.



Pada usia 61 tahun, bekas anggota kugiran Sweet Charity (SC), masih mempesonakan peminatnya



Namanya terpahat dalam sejarah muzik moden, terutama genre rock, tanah air sejak awal 1970-an.



Sering berkaca mata hitam Ray-Ban dan berambut panjang, kisah hidupnya kini tersingkap lewat buku biografinya, Perjalanan Muzik Rock Rosli Mohalim.



Setebal 112 halaman, kaya gambar dan dwibahasa (Inggeris-Melayu) pula. Ia hasil suntingan dan terbitan Azlan Mohd Said.



Buku itu dilancarkan pada 1 Oktober lalu dalam majlis sederhana tetapi gamat oleh persembahan rock di POD, tingkat 16 bangunan NLB.



Detik lahirnya pada September 1954 di Pasir Panjang Batu Lapan dengan nama Rosli bin Dolah.



Ayahnya berpulang ketika ibunya mengandungnya.



Rosli diambil sebagai anak angkat oleh abang sepupunya, Encik Awang Bakar, seorang guru besar di Sekolah Rendah Jubilee dan Sekolah Rendah.



Bapa angkatnya menggunakan nama 'Mohalim' (sempena nama bapa mentuanya) dalam urusan guaman mengambil Rosli sebagai anak angkatnya.



Encik Awang berdisiplin tinggi terutama dalam soal pendidikan. Namun, beliau juga pengusaha sebuah kugiran dalam era 1960-an.



Alat muzik yang menggoda Rosli ketika kecil ialah deram dan beliau akan bermain deram dan simbal ketika ahli kugiran berehat.



Apabila Rosli lulus peperiksaan di Sekolah Rendah Clementi pada 1967, bapa angkatnya menghadiahkannya sebuah gitar akustik jenama Rossini.



Pada usia awal 62 tahun, Rosli tampak awet muda - sekadar kerut kecil pada wajahnya dan rambutnya masih hitam lebat.



Beliau pernah dibandingkan dengan beberapa pemain gitar hebat termasuk Ritchie Blackmore (Deep Purple) tetapi mengulas: "Saya tak suka perangai buruknya."



"Saya bersyukur kepada Allah kerana terbit juga buku yang mengisahkan perjalanan muzik saya sejak kecil," ceritanya menjawab soalan Encik Azlan dan diselangi dengan persembahan lagu.



Minatnya pada rock tercetus pada acara perpisahan sewaktu pelajar menengah empat Sekolah Menengah Pasir Panjang. Berdengung lagu 'Black Night' oleh Deep Purple dari Britain.



"Saya tersentak. Macam muzik itu hendak merubah hidup saya," katanya. Sejak itu, beliau menceburi muzik rock - sesudah mengikuti zaman zaman Pop Yeh Yeh (1960-an).



Terdahulu, beliau menyertai kugiran kampung yang dianggotai rakan sekolah menengahnya iaitu Purple Grass (1968-1970).



Rosli belajar di sekolah malam untuk lulus peperiksaan GCE 'A' dan kemudian berjaya ke Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) yang menemukannya dengan Allahyarham Mohamed Din Mohamed (ahli silat, pelakon dan dan pelukis). Mereka menyertai kugiran Sugar and Spice dan bermain di Danny's Lounge, Orchard Road.



Apabila Ramli Sarip dan A. Ali dari Sweet Charity (SC) mengundangnya sertai kugiran itu pada Disember 1975, beliau tak fikir panjang.



"Sweet Charity dah ada nama. Jadi saya terus terima. Rupa-rupanya saya kena main gitar bas. Padahal, jari saya kecil" ujarnya. Setahun kemudian, barulah beliau mengisi tempat dikosongkan ahli SC yang kebetulan pemain gitar utamanya.



Sejak itu, sejarah SC tertinta di Singapura dan rantau ini dengan tujuh album.



Ketika anggota SC masing-masing membawa haluan sendiri, pada 1988, Rosli cuba bangkit dengan kugiran Reeha tetapi tampaknya kurang menyerlah. Beliau mula menjadi penerbit album kugiran Meditasi dan kugiran dangdut Rosalina yang turut diasaskannya.



Pada 2008, Rosli berhijrah ke Kuala Lumpur, pusat industri muzik Melayu. Beliau menghasilkan empat single dan kini menjadi guru gitar dan pelukis manik kristal. Pasang surut hidupnya bak gentelah gitarnya. Buku, Perjalanan Muzik Rock Rosli Mohalim, berharga $25 dan boleh didapati daripada roslimohalimbooks@gmail.com atau Facebooknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >