LEBIH 10,000 pembantu rumah telah memanfaatkan program-program kendalian Masjid Mujahidin sejak ia ditubuhkan pada Mac 2005.
Antara lain, peserta di Pusat Pembelajaran Mujahidah (MLC) ini telah menjalani kursus seperti kelas komputer, memasak, menjahit, mendandan rambut dan bahasa Inggeris.