Premium
'Ledakan' Projector Band sampai ke Singapura
Nov 1, 2016 | 5:30 AM
TIDAK KU TAHU KEJAYAANKU: (Berdiri dari kiri, mengikut putaran jam): Apit, Mat, Is, Edy dan Angah bagaikan dilanda kejutan manis apabila nama Projector Band naik dengan kepopularan lagu 'Sudah Ku Tahu'. - Foto KHALID BABA -
KUALA LUMPUR, MALAYSIA: LIMA pemuda yang menggelar diri mereka Projector Band tidak pernah menduga kepopularan semalaman mampu dikecapi dengan lagu Sudah Ku Tahu 'meletup' dan dicintai ramai termasuk dalam kalangan selebriti.
Setelah Sufi Rashid dan kumpulan pemuzik buta Caliph Buskers mendendangkan Sudah Ku Tahu dalam acara Anugerah Planet Muzik (APM), giliran penyanyi pop balada, Nora, pula mempertaruhkan lagu itu dalam saingan sengit Gegar Vaganza 3, kelmarin.

