WALAU wujud beberapa bakat muda yang dipuja di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 kelmarin, ternyata tiada yang boleh menyaingi 'orang lama' seperti Dayang Nurfaizah.
Buat tiga tahun berturut-turut, Dayang, 35 tahun, merangkul Anugerah Vokal Terbaik di AJL, kali ini dengan mempertaruhkan lagu Lelaki Agung ciptaan Natasyah dan Iman Imran.