Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lima resolusi kreatif bagi 2016

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima resolusi kreatif bagi 2016

Dec 17, 2015 | 03:06 PM



ADAKAH anda merasakan diri anda tidak dapat mencapai apa-apa setiap kali tahun baru menjelma?


Ramai yang mungkin berasa sedih dan tertekan memikirkan tentang tahun lalu yang terabai.


Jika itu perasaan anda, sudah tiba masanya anda memikirkan lima resolusi baru untuk menjadikan tahun baru anda lebih kreatif dan menggembirakan.


Lima resolusi ini disarankan dari artikel majalah Inc.


1) Elakkan membandingkan diri anda dengan yang lain.


Melalui media sosial, ramai mungkin senang terperangkap dengan perasaan serba kekurangan apabila melihat pelbagai kejayaan dicapai orang lain. Namun, kita harus ingat media sosial ada elemen tersembunyi. Tidak semua yang anda lihat itu perkara sebenar berlaku di belakang tabir.


2)Tinggalkan rakan 'negatif'


Akhiri perhubungan dengan rakan yang tidak memberi sebarang kepuasan, tinggalkan kesemua kenalan yang membuat anda berasa kurang puas dengan diri anda sendiri. Usah buang masa anda dengan mereka.


3) Tukar pemandangan


Jika bosan dengan keadaan anda sekarang, mungkin sudah tiba masanya untuk menukar pemandangan atau persekitaran anda. Jika anda berkerja di pejabat, tukar susunan meja anda supaya kelihatan baru. Jika anda bosan dengan tempat kerja anda, mungkin masanya untuk menukar tempat kerja, sama ada ke kawasan lain, mahupun negeri lain.


4) Jangan hidup dalam lingkaran kekesalan.


Mungkin anda gagal dalam beberapa percubaan bisnes. Mungkin juga anda telah mendapat timbunan surat yang menolak permohonan pekerjaan anda. Namun, harus diingat kita hidup pada masa kini, bukan waktu dahulu. Oleh itu, tinggalkan kekesalan anda dan mula usaha baru untuk berjaya.


5)Buang barang tidak perlu


Kebanyakan barang yang anda miliki mungkin barangan sudah tidak diperlukan lagi. Mungkin anda rasa barang itu diperlukan, tetapi hakikatnya beberapa barangan itu tidak pernah disentuh, justeru memang patut dibuang. Hati dan minda anda akan berasa lapang jika meja dan rumah anda juga lapang daripada barangan yang tidak diperlukan. - Inc.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >