SAMBIL memalu genderang, anggota kumpulan genderang Melayu, Nadi Singapura, mempersembahkan tarian tradisional Melayu seperti zapin dan inang di samping berpencak silat di pentas.
Unsur teater turut diterapkan dengan ciptaan beberapa watak menarik yang diberi nama Taufan bersama petani, pendekar, nelayan dan geng warung.