Pelbagai tanggungjawab dipikul wanita hari ini. Di samping tugas harian seperti menguruskan rumah tangga, mendidik anak, menjaga ibu bapa dan menyempurnakan tugas di tempat kerja, ramai daripada mereka masih bertenaga untuk menganjurkan pelbagai acara amal. Wartawan BERITA MINGGU meninjau kerja keras dua wanita menganjurkan projek amal dalam bulan mulia ini.
BELIAU masih belum pulih daripada demam, tetapi sebaik sahaja topik Eiding the Feast dibentangkan, suara Cik Shereen Naaz Charles Syariff kembali bertenaga.