SEHARI sebelum meraikan ulang tahunnya yang ke-82 semalam, seniwati Mariani Ismail diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu.
Beliau yang sukakan watak antagonis yang garang menerima anugerah tersebut di Auditorium Perdana, Angkasapuri, sempena acara kemuncak Anugerah Tribute P. Ramlee 2014, kelmarin.