LEBIH 1,000 penunggang dan pembonceng pelbagai jenis motosikal menderu-deru di jalan raya dari Avenue 3, Hougang ke Kedutaan Republik Indonesia di Chartsworth Road.
Daripada motosikal berkuasa besar seperti Harley Davidson, Honda Goldwing dan Hayabusa, hinggalah pada yang di bawah 250cc dan skuter, deruman enjin pada petang Ahad lalu boleh kederangan sejauh 20 kilometer laluan yang mereka lalui.