Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Maya Karin dilamar lelaki misteri

Mar 29, 2016 | 01:34 PM



PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin telah menerima risikan daripada lelaki tidak dikenali yang telah menemui ibunya di sini kira-kira seminggu lalu dengan membawa sebentuk cincin.



Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37 tahun, berkata ketika lelaki itu menemui ibunya beliau berada di luar negara, lapor laman mStar Online.



Tetapi pemuda tersebut sempat berurusan dengan ibunya yang berada di rumah di Sungai Pencala di sini.



"Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang.



"Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya," kata Maya kepada mStar Online.



Maya berkata, beliau sendiri tidak tahu apa yang harus dibuat dengan cincin itu dan ia masih berada dalam simpanan ibunya.



Namun Maya berhasrat untuk mengabaikannya selain bimbang dirinya berada dalam keadaan bahaya kerana diminati orang yang tidak dikenali.



"Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak," katanya kepada mStar Online.



Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Maya berkata beliau bersyukur kerana semasa lamaran itu dibuat, beliau bercuti di Jerman.



Menurutnya, apabila seseorang yang tidak dikenali sanggup melamar dengan membawa sebentuk cincin, ia menggambarkan sesuatu yang pelik selain amat menakutkan.



Bagaimanapun peristiwa itu tidak bermakna Maya akan terus fobia untuk menerima lamaran sekiranya mengikut cara yang betul. Malah beliau sendiri mengaku dalam proses mencari pengganti.



"Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa.



"Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu," katanya.



Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 14 Ogos 2008 di Italy tetapi disahkan bercerai talak satu pada 16 Julai 2010. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >