APABILA si adik yang teruja menaiki tren MRT buat pertama kalinya tergolek-golek di lantai gerabak kereta api, Cik Nur Dianna Sa'ad terasa malu.
Pernah juga beliau melihat adiknya, Nur Aisha, 14 tahun, yang autistik, memotong rambut dan bulu matanya, hanya untuk meniru gaya si tukang gunting rambut di salun.