Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Mufti kongsi pengalaman peribadi jadi bapa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mufti kongsi pengalaman peribadi jadi bapa

Aug 26, 2017 | 05:30 AM



TANGGUNGJAWAB keibubapaan adalah sesuatu yang mencabar, lantas setiap ibu dan bapa perlu sedar mereka juga memerlukan sokongan dan dorongan.



Berlatarbelakangkan kesedaran itu, Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) akan menganjurkan satu seminar keibubapaan bertajuk 'Bersama Menjadi Ibu Bapa Berjaya' pada 16 September.



Salah seorang penceramah di seminar yang akan diadakan di Hotel Crowne Plaza itu ialah Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Beliau, yang mempunyai empat anak berusia antara 17 dengan 23 tahun, akan berkongsi cabaran peribadi sebagai bapa dan cara beliau ambil untuk mengatasinya.



Seorang lagi penceramah ialah pakar motivasi dari Malaysia, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.



Selain sesi perkongsian, kededua penceramah akan terlibat dalam sesi perbincangan panel yang dipengerusikan oleh seorang pakar psikologi, Dr Sharifah Mariam Aljunied.



Pengerusi AMP, Encik Abdul Hamid Abdullah, berkata seminar itu bertujuan mendekati dan menyokong bapa Melayu/Islam menjadi bapa aktif.



"Dalam keadaan dunia hari ini di mana keluarga dengan dua pendapatan semakin menjadi lumrah, berkongsi tanggungjawab keibubapaan menjadi semakin genting.



"Peranan bapa tidak terbatas pada menjaga disiplin dan menyediakan kewangan bagi keluarga sahaja, malah menyumbang secara saksama tanggungjawab keibubapaan.



"Menerusi seminar ini, kami berharap dapat menggalakkan bapa berkongsi pengalaman mereka memainkan peranan keibubapaan secara berkesan dengan pasangan masing-masing demi pembangunan anak-anak," ujar beliau.



Sementara itu, sebuah buku dwibahasa bertajuk 10 Inspiring Fathers - Inspirational Stories of Love and Sacrifice of Everyday Fathers juga akan dilancarkan oleh AMP dan CFF di seminar tersebut.



Buku itu diterbitkan dengan kerjasama Berita Harian.



Tiket berharga $40 (termasuk jamuan tengah hari) boleh didapatkan menerusi laman www.amp.org.sg/ampshop.



Mereka yang berminat juga boleh langsung ke pejabat AMP di 1 Pasir Ris Drive 4 #05-11 atau pejabat CFF di 1 Woodlands Road #04-03.



Untuk pertanyaan, sila hubungi 6416-3966 atau 6769-1238.



Seminar berlangsung dari 9 pagi hingga 1 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >