TUJUAN asal penggiat muzik indie Singapura, Encik Tarmizee Taksen dan Cik Anvea Chieu, memiliki sebuah studio lima tahun lalu ialah supaya mereka mempunyai ruang peribadi bagi melakukan projek seni dan muzik.
Encik Tarmizee, 30 tahun, dahulu bertugas di Pusat Seni Sains dan memerlukan ruang untuk mencipta prototaip pameran, manakala Cik Chieu, 29 tahun, membuat pengimejan digital.