BONUS menanti penonton acara Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya.
Selain kemunculan penyanyi mapan Opick dan Hafiz Hamidun dari Rabu hingga Jumaat ini, pihak penganjur Mask Team dan Indigital Sdn Bhd akan menampilkan juara Gegar Vaganza (Musim Kedua), Siti Nordiana (Nana) Alias, bagi menyemarakkan persembahan.