Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nora Danish bakal naik pelamin tahun ini

Apr 08, 2016 | 12:09 PM



PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish tidak menolak kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Nedim Nazri pada tahun ini.



Nora, 35 tahun, bagaimanapun berkata beliau tidak mahu terburu-buru untuk berbuat demikian kerana ingin memastikan dirinya benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri, lapor laman mStar Online.



"Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.



"Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah.



"Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Oppo F1 Plus di sini, semalam.



Namun, Nora enggan mengulas lanjut kenyataan bapa kepada kekasihnya, iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang seolah-olah memberi lampu hijau kepadanya dan Nedim untuk berkahwin.



Bagaimanapun Nora tidak menafikan sebelum ini beliau pernah bertemu dengan Nazri beberapa kali selain ahli keluarga Nedim.



"Saya terkejut sebenarnya apabila ada wartawan bertanyakan tentang saya dan Nedim pada beliau. Tiada apa yang saya boleh komen kerana menghormatinya sebagai menteri," ujarnya.



Nora berkata, untuk perkahwinan itu nanti beliau tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran sebaliknya mahu ia diadakan secara ringkas.



Malah Nora menyangkal dakwaan kunjungannya ke Iceland baru-baru ini untuk mengambil foto pra-perkahwinan.



"Saya ke Iceland untuk sesi penggambaran koleksi baju dan tudung untuk keluaran hari raya nanti dan bukannya mengambil foto pra-perkahwinan.



"Sebelum saya katakan sebelum ini saya memang mahu perkahwinan yang ringkas dan paling penting kami sah disatukan sebagai suami-isteri," katanya. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >