AKTRES Malaysia berwajah comel Nora Danish sudah lama menjalin persahabatan dengan usahawan selebriti Singapura, Rozza Ramli - pemilik salon kecantikan Karva yang mempunyai tiga cawangan di Singapura.
Bahkan mereka telah menjadi rakan kongsi salon kecantikan yang menggunakan nama serupa bagi cawangannya di Kuala Lumpur. Baru-baru ini pula, mereka bersama-sama melancarkan produk kesejahteraan wanita, Tara Women Wellness.