Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Norish Karman kini pembaca berita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Norish Karman kini pembaca berita

Dec 23, 2016 | 12:06 PM



PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman menolak dakwaan kononnya dia memilih untuk menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel disebabkan sudah tidak mempunyai tawaran berlakon.



Norish atau Nor'asikin Karman, 42, sebaliknya berkata, keputusannya itu kerana didorong perasaan minat selain pernah mempunyai pengalaman sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di negara kelahirannya iaitu Singapura.



"Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi saya pernah bertugas sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di Singapura.



"Bidang penyiaran sentiasa berada dekat dihati saya dan kembalinya saya sebagai pembaca berita di BNC bukan kerana kerjaya lakonan sudah malap tetapi kerana minat.



"Saya mahu lakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya dan Alhamdulillah BNC membuka peluang kepada saya," katanya kepada mStar Online.



Tambah Norish yang juga bekas peserta program Pengacara Jemputan Nona (PJN) pada pertengahan 1990-an, dia sudah memulakan tugas baharunya itu sejak beberapa bulan lalu dan semakin selesa bergelar pembaca berita.



Dalam pada itu, Norish berkata, dia sendiri menghantar resume untuk memohon jawatan sebagai pembaca berita di saluran berkenaan dan tidak menyangka permohonannya itu diterima.



"Ketika menghantar resume saya tidak pernah terfikir tentang status saya sebagai selebriti atau pun pelakon kerana minat dalam bidang penyiaran melangkaui semuanya.



"Pada saya buat apa hendak malu kerana ini proses pembelajaran dan sepanjang memulakan tugas di BNC saya sangat terbuka untuk belajar dan ditegur jika melakukan kesalahan kerana ingin memperbaiki diri," ujarnya.



Sementara itu, Norish berkata, pihak pengurusannya di BNC tidak mempunyai sebarang sekatan sekiranya dia ingin meneruskan kariernya dalam bidang lakonan asalkan ia tidak menganggu tugasnya sebagai pembaca berita.



Bagaimanapun kata Norish, sebagai seorang pembaca berita dia sedar perlu menjaga nama baik agensi diwakilinya agar kredibilitinya tidak terjejas ketika bersiaran.



"Saya tidak boleh lari dengan status selebriti itu dan sebenarnya tanggungjawab saya lebih besar dalam memastikan saya dapat mengimbangi di antara kerjaya sebagai pelakon dan pembaca berita.



"Mereka tidak menghalang apa yang ingin saya lakukan tetapi perlu menjaga nama baik syarikat," jelasnya.



Bercakap lanjut mengenai karier baharunya itu, Norish berkata, dia teruja dapat mempelajari perkara baharu setiap hari selain lebih fokus memandangkan berita yang disampaikan adalah fakta.



"Walaupun saya hanya separuh masa sahaja di BNC tetapi setiap hari ada sahaja perkara baharu yang saya pelajari.



"Malah semua kakitangan tidak kira penerbit atau pekerja studio mereka banyak membantu bagi memastikan saya dapat memperbaiki diri ketika muncul di televisyen," jelasnya.



Dalam perkembangan lain, Norish berkata, dia bakal kembali memasuki set penggambaran sebuah drama 60 episod tidak lama lagi. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >