Syawal lebih indah dan bermakna dengan kehadiran orang tersayang baru dalam hidup. NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) bertemu bual pelakon yang juga pengacara Fahrin Ahmad dan Juliana Evans, yang menyambut Aidilfitri tahun ini bersama ahli baru dalam keluarga masing-masing.
KEHADIRAN cahaya mata pertama menyerikan lagi sambutan Syawal tahun ini pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, dan isterinya, Elena Hani Eleas.