SELAMI keindahan muzik dondang sayang sambil menimba ilmu mengenai sejarah muzik tradisional menerusi satu program sempena Pesta Budaya 2016.
Acara yang digolongkan dalam genre dokumentari hiburan (docutainment) yang diberi nama Malam Dondang Sayang itu merupakan satu lagi inisiatif Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) tahun ini.