Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Pameran kehidupan masyarakat Gurkha Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pameran kehidupan masyarakat Gurkha Singapura

Aug 18, 2016 | 05:30 AM



APABILA disebut tentang masyarakat Gurkha di Singapura, mungkin timbul gambaran lelaki berseragam dengan topi khaki berbingkai luas yang setia dan berani berkhidmat bagi Singapura dalam Kontinjen Gurkha.



Itu gambaran yang terpapar mengenai mereka, termasuk yang disebarkan oleh pihak media - tegas, kuat dan bersendirian.



Namun, gambaran statik itu dicabar jurugambar tempatan, Encik Zakaria Zainal, 31 tahun, dalam pameran terbarunya - Muzium Gambar Gurkha Singapura - yang akan berlangsung sebagai sebahagian daripada Festival Fotografi Antarabangsa Singapura (SIPF).



Menurutnya, melalui gambar yang dikumpulkan daripada beberapa keluarga Gurkha yang pernah bekerja di Singapura, beliau ingin menunjukkan bahawa masyarakat itu cukup dinamik.



"Buat sekian lama, pemahaman kita tentang masyarakat Gurkha ini amat sedikit. Anggota Gurkha di Singapura dianggap terdiri daripada mereka yang tinggal di sini sendirian, berani, tegas, dan hanya mempunyai identiti sebagai askar," kata Encik Zakaria, yang bertugas sebagai jurugambar bebas dan pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Melalui pamerannya, beliau ingin tunjukkan bagaimana askar Gurkha yang menetap di Singapura itu sebenarnya mempunyai kehidupan berkeluarga, mempunyai harapan dan cita-cita mereka sendiri.



"Melalui pameran ini, saya ingin menunjukkan gambar-gambar yang dipetik mereka sepanjang mereka berada di Singapura serta kenangan yang disimpan. Ini dapat memberitahu kita tentang kehidupan mereka di sini," katanya.



Lebih 100 gambar daripada sekitar 20 keluarga Gurkha dikumpulkan melalui usaha dan kajian yang dilakukan di Nepal semasa kunjungan Encik Zakaria beberapa kali ke sana sejak 2014.



Beberapa gambar yang diberikan mereka telah diimbas bagi digunakan dalam pamerannya itu.



Namun, beliau berkata bukan mudah meyakinkan keluarga tersebut meminjamkan gambar mereka. Beliau terpaksa meyakinkan mereka tentang projeknya.



"Jika mereka beri izin, saya akan terus bawa foto tersebut balik ke hotel di Nepal dan mengimbasnya kerana mereka tidak mempunyai negatif gambar," jelasnya.



Encik Zakaria berharap pamerannya dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat Singapura tentang masyarakat Gurkha.



"Saya ingin tunjukkan bahawa mereka merupakan individu yang mempunyai perasaan, harapan dan impian. Masyarakat Gurkha di Singapura juga bukan hanya terdiri daripada lelaki. Isteri dan anak-anak mereka juga perlu mengasimilasikan diri dalam masyarakat di Singapura," kata Encik Zakaria.




MUZIUM GAMBAR GURKHA SINGAPURA



  • Dihasilkan oleh Encik Zakaria Zainal, pameran ini memaparkan lebih 100 foto, dari tahun 1950-an hingga sekarang, yang telah didapatkan daripada sekitar 20 keluarga Gurkha yang pernah menetap di Singapura

  • Bertujuan memberikan gambaran alternatif tentang anggota masyarakat Gurkha, yang sering digambarkan hanya sebagai askar Kontinjen Gurkha yang berani dan tegas

  • Pameran merupakan sebahagian daripada segmen 'The Archive as a Conversation' di mana sembilan artis akan mempersembahkan hasil kerja mereka yang bertemakan Archive dalam sembilan kontainer di Open Plaza, Bangunan Perpustakaan Negara

  • Berlangsung dari 6 hingga 13 Oktober ini dari 10 pagi hingga 8 malam setiap hari dan tiada bayaran masuk dikenakan

  • Sebahagian daripada Festival Fotgrafi Antarabangsa Singapura (SIPF) yang ke-5 yang akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 13 November

  • Maklumat lanjut boleh didapatkan melalui laman http://sipf.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >