Premium
Paparkan tema harapan atau ketiadaan harapan
Apr 13, 2017 | 5:30 AM
PENUH HARAPAN: Hadi lakonan Hirzi Zulkiflie (kanan) sangat mengharapkan kawan baiknya, Azman (lakonan Fir Rahman), pulih daripada koma dalam pementasan teater 'Hope' (Harap) terbitan Teater Ekamatra. - Foto TUCKYS PHOTOGRAPHY -
MEMBINCANGKAN tema utama mengenai harapan atau ketiadaan harapan, pementasan teater Hope (Harap) memberi tumpuan pada dua kumpulan - sebuah keluarga diketuai Hairul (Sani Husin), seorang bapa kaki botol dan tahi judi yang berhutang pada tailong, dan dua kawan baik yang menghadapi kesan selepas kemalangan jalan raya.
Pementasan dimulakan dengan babak dua kawan baik itu. Hadi (Hirzi Zulkiflie), seorang penyunting, menceriakan kawannya, Azman (Fir Rahman), seorang wartawan mapan yang berada dalam keadaan koma dan berkerusi roda di hospital.

