Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelakon Charlie Sheen mengaku dijangkiti HIV

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Charlie Sheen mengaku dijangkiti HIV

Nov 18, 2015 | 10:33 AM



WASHINGTON: Pelakon Amerika Syarikat, Charlie Sheen, dan terkenal juga kerana terlibat dengan dadah, arak dan pelacur di luar skrin, telah mendedahkan bahawa beliau positif HIV.


Sheen, 50 tahun, memberitahu rancangan Today stesyen televisyen NBC beliau didiagnosis kira-kira empat tahun lalu dan berkata alasan beliau mendedahkan maklumat itu ialah beliau telah diugut.


"Saya di sini untuk mengakui bahawa saya sebenarnya positif HIV," kata Sheen pada Selasa (17 Nov), sambil menambah beliau "tidak sepenuhnya pasti" bagaimana beliau dijangkiti virus yang boleh membawa kepada penyakit Aids itu.


Sheen berkata semasa mula-mula berasa sakit, beliau mengalami migrain teruk dan banyak berpeluh pada waktu malam hingga membasahi katilnya.


Ia begitu buruk hingga beliau menyangka beliau mempunyai tumor otak dan hampir mati.


Pelakon itu, yang telah tiga kali bercerai, memainkan watak bujang kaki perempuan Charlie Harper dalam siri komedi Two And A Half Men selama lapan tahun sebelum dipecat pada 2011 kerana kelakuan buruk, yang termasuk berpesta dengan dadah kokain bersama pelakon filem lucah dan menyerang bekas isterinya.


Ditanya apakah beliau telah menjangkitkan HIV kepada sesiapa sejak diagnosis, Sheen berkata "mustahil".


Salah satu sebab beliau mendedahkan berita mengenai kesihatannya, kata Sheen, ialah untuk menghalang orang lain memeras wang daripadanya.


Sheen tidak mahu mendedahkan berapa ramai orang beliau telah babayar agar tidak membuka mulut, tetapi pembayaran berjumlah jutaan dolar kepada orang-orang yang beliau sifatkan sebagai pernah rapat dengannya.


"Mereka lupa bahawa ini adalah wang, wang yang mereka ambil daripada anak-anak saya," ujar Sheen, merujuk kepada lima anak dan seorang cucunya.


"Saya fikir mereka boleh membantu. Sebaliknya, kepercayaan saya bertukar menjadi pengkhianatan mereka," kata Sheen, sambil menambah bahawa beliau tidak akan membayar orang-orang itu lagi.


"Saya rasa hari ini saya membebaskan diri saya dari penjara ini."


Sheen mempunyai lima anak daripada perkahwinan dengan model Donna Peele, pelakon Denise Richards dan Brooke Mueller, dan hubungan lain.


Selepas dipecat daripada Two And A Half Men, Sheen tinggal bersama beberapa pelakon filem lucah. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >