JOHOR BAHRU: SESETENGAH pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan kemenangannya mungkin mempersoal kemahiran vokal pelakon Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad Sharifuddin, dalam program realiti Gempak Superstar.
Ada juga yang menganggap beliau hanya memancing undi dan simpati dengan menyampaikan lagu sedih Anuar Zain Ketulusan Hati buat arwah ibunya, Allahyarhamha Nazariah Mohd Salleh.