Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pelakon popular ahli sukan profesional

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon popular ahli sukan profesional

Sep 30, 2017 | 05:30 AM



KUALA Lumpur baru-baru ini menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean (APG) Ke-9, dengan menyambut ribuan atlit dari seluruh Asia Tenggara ke negara itu.



Namun, selain atlit tuan rumah yang berjuang mengharumkan nama negara mereka di temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara itu, terdapat juga beberapa personaliti televisyen dan pelakon Malaysia yang memang terkenal, juga merupakan atlit profesional.



Malah, ada di antara mereka pernah mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan sukan yang mereka ceburi sementara ada pula yang masih aktif bergiat dalam sukan masing-masing.



Siapakah mereka? Ayuh kita ikuti kisah mereka.



Hans Isaac



Pelakon dan pengarah ini menceburi sukan golf sejak remaja lagi. Namun apabila kerjayanya dalam dunia lakonan mula memuncak selepas beliau memainkan watak utama dalam drama Mat Pizza, beliau terpaksa mengurangkan tumpuan kepada sukan yang diminatinya itu.



Meskipun kini telah mencipta nama sebagai pelakon, pengarah dan penerbit, beliau masih aktif dengan sukan itu dan ini antara lain dapat dilihat menerusi pelbagai gambar yang dimuat naik di Instagram beliau.



Malah menurut Berita Harian Malaysia, Hans juga pernah mewakili Malaysia ke kejohanan Turkish Airlines World Amateur Golf Open di Istanbul, Turkey, pada 2014.



Fizo Omar



Pelakon, pengacara dan usahawan ini pernah menjadi pemain bola sepak profesional sebelum ini.



Anak kelahiran Kelantan itu pernah mewakili Kelantan semasa berusia 12 hingga 20 tahun, mewakili negara untuk Piala Nike di Korea Selatan serta menjadi pemain untuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis bagi pertandingan peringkat universiti.



Fizo, yang memainkan peranan midfield dan penyerang juga mewakili pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) 10 tahun lalu sebelum memberi tumpuan kepada bidang lakonan.



Menurut portal Kosmo!, Fizo berkata beliau berhenti menjadi pemain bola sepak profesional walaupun profilnya dalam bidang bola sepak tidak mengecewakan kerana beliau tidak mampu melakukan dua kerja itu dalam satu masa.



Farid Kamil



Bintang filem Lagenda Budak Setan dan Evolusi KL Drift ini mula berminat dengan sukan polo sejak berusia 10 tahun.



Namun, peluang untuk beliau mencuba sukan itu hanya mula terbuka beberapa tahun lalu.



Pada lewat 2010, pelakon tampan yang merupakan suami pelakon jelita, Diana Danielle, itu mula berkunjung ke Kelab Polo Diraja Selangor untuk memerhatikan pemain polo beraksi di padang, menurut Utusan Online.



Ketika itu, beliau ditegur Huzaini Yunus yang merupakan kapten pasukan polo kebangsaan, yang kemudian mengajaknya menunggang kuda.



Farid mendapat lesennya daripada Persatuan Polo Diraja Malaysia pada 2013.



Zizan Razak



Selepas mencipta nama sebagai antara pelawak terkenal Malaysia, pelakon dan pelawak ini kini bergelar pelumba profesional dan terlibat dalam perlumbaan MSF Racing Series 2017.



Menurut laman Astro Gempak, Zizan sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pelumba kereta namun dek waktu yang terhad bekerja sebagai penghibur, beliau terpaksa menangguhkannya dahulu.



Zizan yang sedang menjalani latihan bersama pelumba kereta, Keifli Othman, berkata jadualnya yang tidak padat kini membolehkannya mencapai impiannya itu.



Beliau juga mendapat tajaan daripada Raceberry Mayhem Motorsport.



Aiman Hakim Ridza



Pelakon dan penyanyi yang pernah membintangi drama seperti Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Diandra, 7 Suami, Vanilla Coklat dan Isteri Separuh Masa ini pernah menjadi pemain bola sepak kebangsaan sebelum bergelar anak seni.



Aiman antara lain pernah mewakili Malaysia dalam beberapa perlawanan seperti Kejohanan Bola Sepak bawah 15 tahun Sekolah Asia di Kuantan pada 2004, Kejohanan Bola Sepak bawah 14 tahun di Thailand pada 2002 dan Kejohanan Bola Sepak AFC bawah 17 tahun di Indonesia pada 2003.



Meskipun memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi apabila menyertai program realiti Mentor musim kelima pada 2011, beliau mendapat lebih banyak peluang dalam bidang lakonan dan lebih dikenali sebagai pelakon.




“... selain atlit tuan rumah yang berjuang mengharumkan nama negara mereka di temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara itu, terdapat juga beberapa personaliti televisyen dan pelakon Malaysia yang memang terkenal, juga merupakan atlit profesional. Malah, ada di antara mereka pernah mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan sukan yang mereka ceburi sementara ada pula yang masih aktif bergiat dalam sukan masing-masing.’’




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >