BERKACA mata dan tampil santai berpakaian kemeja kelabu dan seluar hitam, pelakon Isaac Hempstead Wright, 16 tahun, kelihatan seperti remaja biasa apabila berdepan dengan sekumpulan wartawan setempat.
Namun, anak muda dari England itu membesar di set siri fantasi popular televisyen Game of Thrones di saluran HBO sejak usianya 10 tahun.