Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pelakon S'pura Hannah Delisha 'meletup' di Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon S'pura Hannah Delisha 'meletup' di Malaysia

Sep 06, 2017 | 05:30 AM



PELAKON Singapura si cantik manis Hannah Delisha baru sahaja melakonkan drama bersiri pertamanya di seberang Tambak.



Namun, itu sudah cukup 'meletupkan' namanya di industri Malaysia.



Walaupun beliau sudah berjaya menempa nama di seberang, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya cita-cita asal pelakon jelita ini ialah menjadi penyanyi.



"Cita-cita Hannah mahu jadi penyanyi awalnya. Tetapi, rezeki saya lebih dalam bidang lakonan," kata Hannah, yang turut hadir dalam majlis bertemu peminat di The Ballroom@East Coast baru-baru ini.



Menurutnya, kejayaan yang beliau kecapi kini tidak datang bergolek kerana banyak cubaan ditempuhinya sepanjang menjalani penggambaran dramanya yang mendapat sambutan hangat Mencintaimu Mr Photographer.



"Watak Aira Qaisara, watak saya dalam drama itu, memang banyak menangis. Cara menangisnya tak boleh sama bagi setiap episod. Ia perlu berlainan sebab bagi setiap episod, watak saya akan jadi lebih berat.



"Kami menjalani penggambaran drama Mencintaimu Mr Photographer pada bulan puasa, jadi kami tidak boleh minum dan makan, tetapi tetap harus berjuang, menyampaikan lakonan itu dengan baik," tambah Hannah.



Usahanya ternyata membuahkan hasil kerana Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Black Burne-Birch, banyak menerima komen positif daripada penonton dan peminat.



"Ya, ada kritikan negatif seperti muka saya tembam sedikit, tetapi kebanyakannya positif sampai dah tak nampak negatifnya lagi.



"Tapi, selalunya kalau ada komen berunsur negatif, saya memang tak akan layan, saya terus abaikan," kata pelakon berusia 21 tahun itu lagi.



Beliau, anak penyanyi 1980- an Noor Ashikin Ahmad, berkata ibunya banyak memberi kata-kata semangat kepadanya.



"Mummy adalah pendorong saya. Beliau kut saya ke mana sahaja saya pergi dan akan selalu ada untuk saya.



"Beliau selalu pesan pada saya agar jangan lupa solat, selalu ingat pada Dia, jadi kita tidak lupa pada diri sendiri, sentiasa rendah hati dan jangan lupa asal usul kita, selalu buat baik kepada orang serta jangan kurang ajar," kongsinya.



Bercakap tentang perkembangan terkininya pula, pelantun lagu Retak, Anugerah, dan Tak Perlu Kata Apa-apa ini bakal melancarkan single keempatnya tidak lama lagi tahun ini.



"Single keempat Hannah, Esok Masih Ada, adalah ciptaan Akil Hyperact dan lirik oleh abang Frozen.



"Ia belum dilancarkan, tetapi insya-Allah, ia akan dilancarkan kalau bukan bulan depan, pasti tahun ini juga," ujarnya.



Dalam pada itu, Hannah juga akan terlibat dalam sebuah filem romantik seram bertajuk Langsuir arahan Osman Ali tidak lama lagi.



"Tetapi heronya rahsia, sebab saya sendiri tidak tahu siapa heronya!" ujar Hannah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >