Pemain bes gitar Audionaut meninggal dunia

PEMAIN bes gitar Audionaut, Mohamed Zakie Mohamad meninggal dunia awal pagi tadi semasa sedang tidur.

Hal ini disahkan ketua band tersebut, Ryzal bila dihubungi pagi tadi.

Allahyarham, 36 tahun, difahamkan meninggal dunia sekitar 2.25 pagi kerana penyakit kardiovaskular.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Pusara Aman dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, 32 tahun dan anak kembar, seorang lelaki dan perempuan, berusia satu tahun setengah.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.