Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pemergian Eddy Silitonga satu kehilangan besar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemergian Eddy Silitonga satu kehilangan besar

Kematian penyanyi suara lunak cetus trending di Twitter Indonesia
Aug 26, 2016 | 02:18 PM



KUALA LUMPUR: Kehilangan penyanyi pop lagenda, Eddy Silitonga, 65 tahun, yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.05 tengah malam semalam meraih perhatian ramai hingga berada di tangga teratas topik trending Twitter Indonesia.



Bukan hanya di tanah tumpah darahnya sendiri, nama penghibur keturunan Batak itu turut menyinar di negara jiran termasuk Malaysia, Brunei, Singapura serta Thailand.



Bagi mereka yang membesar pada era 1970-an, pasti dendangan seperti Bunga Pujaan, Biarlah Sendiri, Mama, Mimpi Sedih, Lancang Kuning dan Jatuh Cinta terus terakam di kotak fikiran malah menjadi malar segar hingga dinyanyikan semula penghibur lain.



Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah adalah antara penyanyi yang menjadikan Eddy sebagai idola hingga membawakan lagunya di dalam persembahan.



Pada Ogos 2014, Jamal memenuhi impian untuk berkongsi pentas dengan Eddy dalam konsert di Istana Budaya.



Tidak hairan, pemergian figura yang mesra disapa sebagai Pak Eddy berikutan komplikasi kencing manis serta jantung selepas dua minggu dimasukkan ke hospital, mengundang kesedihan ramai.



Sebagai rakaman penghargaan dan luahan kehilangan penyanyi vokal emas itu, laman sosial terus dibanjiri ucapan takziah sejak tengah malam tadi dengan rata-rata memberikan penghormatan terakhir.



Keistimewaan Eddy adalah kebolehannya menyanyikan lagu Minang hingga menghasilkan beberapa album.



Eddy juga mendendangkan lagu Jawa berikutan pergaulan dengan orang Minang dan Jawa di tempat kelahirannya hingga membolehkan beliau fasih.



Lagu irama Melayu juga begitu dekat dengan jiwa anak jati Pematang, Siantar itu hingga lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu, Di Ambang Sore serta Bunga Tanjung terus menjulang namanya di persada seni suara.



Tatkala artis lain termasuk yang seangkatan dengannya cenderung terhadap rentak semasa kini, Eddy tetap kental bersama genre muzik Melayu selain selesa memilih irama Melayu Deli.



Pada tahun 2010, cinta mendalam terhadap khazanah muzik melayakkannya Eddy dilantik sebagai Duta Kebudayaan Indonesia dengan menjelajah 49 negara di lima benua dalam tempoh setahun.



Biarpun Eddy sudah tiada, khazanah yang ditinggalkan khususnya lagu Melayu Deli dan album daerah tetap dapat dikongsi dengan khalayak terutama generasi muda.



Majlis pengebumian mendiang Eddy yang meninggalkan lima anak itu dijadualkan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kristian di Jakarta Selatan, esok. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >