HARI HEPATITIS SEDUNIA

Penagih dadah, golongan bertatu antara berisiko hidapi virus hepatitis C

DEMAM berlarutan sehingga beberapa minggu dan kemudian menjadi serius menyebabkan hati menjadi keras, rosak dan kemudian menyebabkan barah.

Ini mungkin angkara virus Hepatitis C (HCV) yang dikatakan dialami sekitar 0.1 peratus penduduk setempat.

Konsultan Divisyen Gastroenterologi dan Hepatologi di Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Tan Poh Seng, berkata mereka yang berisiko menghidap jangkitan HCV termasuk golongan berikut:

GOLONGAN BERISIKO

- Penyalah guna dadah menerusi suntikan, termasuk mereka yang pernah menyuntik walaupun sekali bertahun dulu.

- Pesakit hemodialisis kronik (dialisis ginjal).

- Mereka yang bertatu, menindik atau pernah menjalani akupuntur tanpa sanitasi, penyahjangkit atau pensterilan yang betul.

- Golongan yang mengadakan hubungan seks dengan mereka yang positif HCV tanpa perlindungan.

- Kanak-kanak yang dilahirkan ibu yang positif HCV.

"Tempoh pengeraman HCV ialah antara dua minggu dengan enam bulan.

"Menyusuli jangkitan awal, dianggarkan sekitar 80 peratus pesakit tidak menunjukkan tanda- tanda awal.

"Mereka yang menunjukkan tanda mungkin mengalami demam, letih, kurang selera makan, pitam, muntah, sakit perut, air kencing berwarna gelap, najis berwarna kelabu, sakit sendi dan sakit kuning," kata Dr Tan.

Namun, HCV boleh disembuhkan.

Kini, terdapat beberapa ubat baru yang berkesan termasuk Viekira Pak yang boleh menyembuhkan sekitar 95 dengan 99 peratus pesakit HCV.

Satu kajian yang dijalankan NUH pada pertengahan tahun lalu menunjukkan bahawa pil Viekira Pak berjaya menyembuhkan sekitar 92 peratus pesakit HCV yang sukar dirawat dengan meninggalkan kesan sampingan yang kecil.

Ini merupakan kali pertama NUH mempunyai data rawatan setempat bagi golongan pesakit HCV yang sukar dirawat.

Viekira Pak hanya mula dijual di Singapura sejak November lalu.

CERAMAH HCV

Sempena Hari Hepatitis Sedunia esok, satu ceramah meningkatkan kesedaran mengenainya bakal diadakan Sabtu ini.

Ceramah dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu akan disusuli dengan pemeriksaan darah percuma bagi antibodi HCV.

Berlangsung di lantai 1, Auditorium NUHS Tower Block, ia bermula dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi http://www.worldhepdayscreening.com.sg/ berdasarkan yang dahulu didahulukan.

Sila hubungi talian 6665- 6980 bagi maklumat lanjut.

Keputusan pemeriksaan darah akan dikirimkan kepada peserta.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.