Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Pengajaran dari peristiwa hitam ayah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengajaran dari peristiwa hitam ayah

Jun 13, 2017 | 05:30 AM



Berkongsi Kisah Singapura dan mencetus inspirasi bagi warga Singapura menyumbang kepada masa depan negara ini. Itulah misi Wisma Teroka Singapura (SDC) dalam menggerakkan projek filem ringkas yang memaparkan idea kreatif pelajar Politeknik Temasek dan Politeknik Ngee Ann. Tahun ini, tiga filem yang dekat di hati penduduk negara ini disajikan, dengan pratonton galanya berlangsung di Teater iWerks, SDC, baru-baru ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



HATI anak mana yang tidak hampa jika bapa yang selama ini menyara hidup keluarga dengan penuh kasih sayang rupa-rupanya terlibat dalam kegiatan pengganasan.



Itulah yang dirasakan seorang lulusan Politeknik Temasek (TP) yang hanya ingin dikenali dengan nama Cik Nur Shahidah, secara peribadi, ketika menerbitkan filem ringkas bertajuk Azza pada tahun akhir pengajiannya.



Filem yang merentap tangkai hati itu berdasarkan kisah sebenar kakaknya dan antara tiga filem pelajar yang dipilih Wisma Teroka Singapura (SDC) bagi projek Singapore Stories (Kisah Singapura).



Cik Nur Shahidah, 20 tahun, menggunakan pengalaman sebenar kakaknya berdepan dengan kekecewaan apabila bapa mereka ditangkap pada 2005 kerana tipu helahnya. Bapa mereka meninggalkan kotak di gerabak MRT dengan nota yang memberi gambaran bahawa bom di dalamnya akan meledak.



Kisah Azza ini diubah suai bagi menceritakan tentang nasib anak kecil berusia 11 tahun yang terkejut apabila bapanya didapati bersalah merancang serangan pengganas.



Dilema dan gejolak emosi yang dirasakan seisi keluarga ini membuat si ibu cuba bunuh diri dan juga anakanaknya.



Bagaimanapun, kekuatan ukhuwah keluarga itu sendiri yang memberi seribu satu harapan untuk ibu mereka kembali memperkasa diri.



Ketika ditemui Gah! di SDC baru-baru ini, Cik Nur Shahidah, anak kedua daripada tiga adik-beradik, berkata: "Dalam dunia sekarang yang bergolak dengan isu pengganasan, kita sering terbaca di media sosial tentang ancamannya. Setiap kali membacanya, hati saya akan berdetik mengenangkan peristiwa hitam ayah saya terlibat dalam jenayah bom palsu itu.



"Kesannya pada ibu saya dan kakak saya amat besar. Ibu yang tidak pernah bekerja selepas berumah tangga terpaksa gagahkan diri menjalankan beberapa kerja demi menyara pelajaran kami."



Menurutnya, ibunya yang pada awalnya dilanda kemurungan hingga timbul keinginan membunuh diri selepas berpisah daripada bapanya kini sudah bangkit lebih perkasa.



"Saya bangga menyatakan ibu saya kini lebih bahagia, beliau belajar berdikari dan semakin kuat semangat demi anak-anak. Ibu saya sekarang mempunyai perniagaan sendiri. Beliau membuka salun kecantikan dan syarikat logistik. Alhamdulillah, beliau juga bahagia dengan bapa tiri saya," katanya, yang tidak berhubung dengan bapanya selepas peristiwa itu.



Kakaknya yang turut merasakan bebanan emosi melihat ayah melakukan kesalahan itu kini mengambil ijazah kriminologi dan psikologi.



Pengarah Eksekutif SDC, Encik Lowrence Chua, berkata: "Filem Azza menggambarkan keadaan sebenar di samping menekankan bagaimana keluarga dan masyarakat harus bersatu hati dalam menentang pengganasan. Ia adalah kisah peribadi dan tidak mudah menyampaikannya buat tontonan awam, lebih-lebih lagi jika ia merupakan satu pengalaman yang getir.



"Dalam pergelutan dan tekanan yang dirasakan keluarga ini, kita dapatkan pesanan tentang daya tahan jiwa. Saya puji semangat Nur Shahidah dalam berkongsi kisah peribadinya dengan kita. Begitu juga kru filemnya yang sama-sama membantu menjayakan Azza."



  • Tiga filem yang dihasilkan pelajar - Azza, Gallant dan Rust Red - akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma selama setahun di Teater iWERKS SDC mulai 1 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >