SEBAGAI lulusan diploma pentadbiran perniagaan daripada Politeknik Singapura (SP) yang kini mahasiswa Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Rafikah Halim lebih condong pada dunia perniagaan dan bukan teknologi maklumat.
Bagaimanapun, berkat kesungguhan mempelajari sesuatu yang baru, beliau memenangi peraduan hackathon sedunia, API World Hackathon, di Lembah Silikon, Amerika Syarikat, tahun lalu.