DARIPADA lukisan dan seni wayang kulit Allahyarham Mohammad Din Mohammad terbiar rosak di rumah atau studionya di Melaka, lebih baik jika sebahagiannya diserahkan kepada pengumpul karya seni, Encik Koh Seow Chuan, bagi dijadikan satu pameran bersejarah.
Lebih istimewa lagi apabila Encik Koh, 75 tahun, menyediakan ruang khusus (terpisah daripada karya lain) bagi menyajikan karya ulung Allahyarham dalam pameran An Art Collector's Journey.