SEMASA di bangku sekolah dulu, usahawan fesyen terkenal seberang tambak, Cik Vivy Yusof, sering menulis buku cerita pendek dan menjualnya kepada teman-teman yang ingin membacanya dengan harga 10 sen senaskhah.
Beliau yang ketika itu gemar membaca novel seperti Sweet Valley dan The Sisters' Club turut mendapatkan bantuan daripada seorang teman yang pandai melukis bagi melukis gambar buku-buku cerita yang direkanya.