Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Penyakit saraf 'aneh' yang boleh sebabkan lumpuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyakit saraf 'aneh' yang boleh sebabkan lumpuh

Hati-hati apabila demam. Tanpa disedari demam yang dianggap biasa itu boleh menyebabkan anda jadi lumpuh. Bagaimana ini boleh berlaku? Apa pula simptomnya? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.
Jul 20, 2016 | 05:30 AM



BAYANGKAN situasi ini.



Semalam anda boleh berjalan seperti biasa.



Tetapi, selang beberapa hari kemudian, anda berasa kaki anda lemah longlai seperti anda hendak terjatuh sebelum anda menjadi lumpuh.



Bukan itu sahaja. Anda juga mula mengalami masalah pernafasan.



Selepas diperiksa doktor, anda dikesan menghidap sejenis penyakit aneh yang diberi nama Sindrom Guillain-Barre (GBS).



Sekitar satu dalam setiap 10,000 orang dianggar mengalami penyakit ini, menurut jurucakap Institut Neurosains Nasional (NNI) dan sekitar tiga hingga lima kes GBS dirujuk di situ.



Berikut soal-jawab berkaitan GBS yang dikongsi Konsultan Jabatan Neurologi NNI, Dr Yasmin Idu Jion.



Soalan (S): Apakah itu GBS?



Jawapan (J): GBS adalah sejenis penyakit saraf yang menyaksikan antibodi dalam darah menyerang saraf periferal (tepian) dalam tubuh. Antibodi ini dihasilkan selepas jangkitan bakteria atau virus.



Malangnya dalam beberapa kes, antibodi ini tidak dapat mengenal pasti atau membezakan antara sel-sel saraf normal dengan virus/bakteria dan akan turut menyerangnya.



Akibatnya saraf dirosakkan oleh antibodi ini.



Kebanyakan jangkitan bakteria atau virus didapati ada kaitan dengan GBS, termasuk demam biasa dan virus flu serta bakteria dan virus yang menyebabkan cirit-birit dan sejak kebelakangan ini virus Zika.



S: Golongan usia manakah yang lebih terdedah kepada penyakit ini?



J: GBS boleh menjejas semua lapisan usia. NNI sendiri telah merawat pesakit berusia dalam linkungan remaja sehingga 80-an tahun.



S: Apakah simptom atau tanda penyakit ini dan bagaimanakah ia menjejas pesakit?



J: Biasanya pesakit akan menunjukkan simptom seperti jangkitan saluran pernafasan atau sakit perut seperti gastroenteritis.



Ini akan disusuli dengan rasa kebas dan lemah selama beberapa hari atau seminggu dua kemudian. Rasa sakit dan sengal pada tubuh juga akan dirasakan.



Pesakit juga akan berasa kebas dan lemah selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian, biasanya bermula di kaki dan kemudian merebak ke seluruh badan.



Pesakit juga mungkin mengalami masalah berjalan, jatuh dan lumpuh.



Dalam beberapa kes, akan terdapat kelemahan pada otot mata dan muka sehingga menyebabkan penglihatan berganda, sukar menggerakkan muka dan masalah makan atau minum.



Perut dan usus juga mula terjejas. Dalam kes yang lebih mudarat, pernafasan, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan terjejas dan boleh mengancam nyawa.



Pengesanan GBS dilakukan menerusi tanda-tanda klinikal atau ujian saraf khas dan pemeriksaan ke atas cecair tulang belakang.



S: Sejauh mana seriusnya penyakit GBS?



J: Dalam kes lebih teruk, saraf khas pernafasan, tekanan darah dan degupan jantung boleh terjejas. Ini amat berbahaya dan mengancam nyawa.



Pesakit diperlukan makan menerusi tiub bagi mengelakkan tercekik dan jangkitan paru-paru.



Mesin bantuan pernafasan juga mungkin diperlukan dan pesakit mungkin terpaksa dirawat di unit jagaan rapi (ICU).



S: Apakah dan berapa lamakah rawatannya?



J: Sebenarnya tiada pencegahan atau rawatan yang dapat menyembuhkan GBS. Biasanya pesakit akan pulih sendiri. Rawatan termasuk menyokong fungsi tubuh sedang ia mengambil masa untuk pulih.



Dalam kes kurang serius dan kes lebih serius, antidot diberi kepada antibodi agar saraf tidak dirosakkan oleh antibodi tersebut.



Suntikan atau ubat-ubatan dalam bentuk cecair akan diberi selama beberapa hari.



Satu lagi rawatan ialah menerusi sejenis dialisis khas untuk mengeluarkan antibodi daripada darah.



Rawatan ini bertujuan mempercepat proses penyembuhan dan mencegah simptom menjadi lebih teruk.



Komplikasi yang biasa dilihat termasuk jangkitan paru-paru dan air kencing, kulit melecet akibat terlalu lama baring di atas katil, darah beku di kaki dan rasa sakit.



Walau apa jua rawatan yang dilalui, kebanyakan pesakit perlu menjalani pemulihan untuk melatih semula otot dan saraf agar pesakit boleh kembali berfungsi seperti biasa.



Pemulihan mungkin mengambil masa beberapa minggu hingga bulan, bergantung pada usia, tahap penyakit dan jenis GBS.



Malangnya ada sekumpulan kecil pesakit tidak sembuh sepenuhnya dan mungkin menjadi cacat selama-lamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >