PENAT lelah selama lebih tiga jam menghasilkan laporan sebesar kertas mahjong membuahkan hasil bagi beberapa pelajar yang menghadiri Kem Obor Berita Harian2015 bertemakan Johan Sukan baru-baru ini.
Kem yang berlangsung di auditorium Singapore Press Holdings, Toa Payoh North, itu menyaksikan tiga sekolah menengah menjuarai kategori utama, sementara tiga pelajar memenangi kategori sampingan.